Wednesday 19 September 2018

ALAM RIA PASTI 2018


ASSALAMMUALAIKUM . W.R.T
Alhamdulillah . Hari ini kita diberi nikmat hidup ,  untuk meneruskan lagi kehidupan kita di dunia yang fana ini . Sentiasalah mensyukuri nikmat sihat yang diberikan . Jangan sakit baru kita ingat ALLAH . Bila sihat , kita lupa segala-galanya . Semoga sakit  menjadi kifarah ke atas segala dosa2x yang kita lakukan . Bertaubatlah sebelum terlambat . Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-NYA.  Sedikit peringatan untuk diri Aliah sendiri & juga kita semua. Ya kadang-kadang kita lalai. Kita manusia yang tidak sempurna .

Lama tak bagi tazkirah , Hehe . Lama tak bercakap depan khalayak ramai , Dulu zaman maahad , peNgawas . Rutin la cakap kat depan ni . Tu pun ketaq . Kalau ikutkan harini nak share tentang MAJLIS KONVOKESYEN aliah bulan julai haritu . Tapi gambar tak dak dlm laptop . Lupa transfer . Ada dalam fon . So , entry harini saja nak share tentang ALAM RIA PASTI 2018 . Hok ni pun lebih kurang panjang jugak la . Hahaha . Sebab kita dapat ke banyak peringkat.

APA ITU ALAM RIA PASTI ?

Okay , Alam Ria ni macam hari ujibakat la . Ada beberapa acara . Antaranya , . SAJAK , PIDATO , KHUTBAH , BERCERITA , NASYID , KALAM JAMAIE, AZAN . Ujibakat untuk anak2 pasti yang berumur 4-6 TAHUN .

Nak dijadikan cerita , tahun ni memang tak dak mood langsung nak masuk acara . Satu pasal teks , Jadi malas macam mna tau . Selalu sebelum raya tu dah start latihan . Ni dah lepas raya dok buat qalit ja org kedah kata . Hahah . Sampai kena paksa sebab tak kurang sebulan nak lawan untuk peringkat kawasan . iaitu PASTI KAWASAN SUNGAI PETANI . 3 tahun aliah mengajar pasti , 3 tahun aliah ambil alih acara KALAM JAMAIE . Macam choral speaking la , tapi dalam bahasa arab . Mencabar , sebab nak ajar anak2 menghafal teks , dengan gaya . Fuhhh . Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan tahun ni . Sat ja anak-anak murid dapat hafal . Dah la teks tahun ni teks main2 ja . isi xpadat . Bertabahlah !! HUHU

ALAM RIA PASTI KAWASAN

Pertandingan untuk peringakat kawasan 11/08/2018 . First susah hati dah sebab aliah AJK MGPSP . Kena handle bahagian lain . Habistu anak murid cheq sapa nak handle . Hahah . Lepas bincang dengan AJK lain , okay , aliah handle bahgian kalam jamie . Lagi ketaq sebab anak murid buat persembahan kita dok tengok . Kena turn no .2 . Sebelum tu buat khutbah dlu 2 orang , Pidato 3 orang . Lepas settle semua tu baru start kalam jamie . Cikgu ni yg kena kira markah . Bila tengok kumpulan lain buat persembahan , hati dupdapdupdap ja . Dah habis smua , turn aliah kira markah . Ketaq tangan2 ni nak kira . Haha . Kira yg pasti lain dlu yg pasti kami last sekali . Perangai . Hahah .

Alhamdulillah JOHAN untuk kawasan sg petani . 99/100 . Memang terkejut sangat2 . Hahaha dalam tak mau masuk , tak mau menang tu . Kira tahun ni tahun kedua wakil SP .Tahun lepas first . Tersenyum ja lepas dapat tau. Orang lain dok tanya sapa johan , kita buat tak tau ja . Hhaha .





AMBIL GAMBAR LEPAS CIKGU KIRA MARKAH , DAN TAU DAH KITA MENANG . HIHI



ALAM RIA PASTI KEDAH 

Alam Ria Pasti Kedah seminggu selepas tu 19/08/2018 . So , ada masa seminggu ja nak praktis . Dalam hati , Hmm saguhati dah la anak-anak oii nanti. Tak payah tunggu lama . Kami kena turn no 1 kot . Dihati ini hanya Allah ja yg tau . Kami org first sampai . Hhaha . Lepas buat persembhan kami tengok sat ja yg org lain , lepas tu pi jalan2 . Cemuih kot semua dok ada 13 kumpulan . Hhaha . Adik aliah Muhammad Said Ramadhan dia masuk acara ni . Saja kata kat dia . Kalau menang no 1 kak bagi RM 50 . Mak kata "HANG JANJI LA KAKAK , DAPAT BETUI PADAN MUKA'' HAHA . Aliah kata kat mak ''DALAM MIMPI LA , KUALA KEDAH NUH SELALU DAPAT NO 1 '' .

Settle semua kumpulan , tunggu umum keputusan pulak , lambat benor , Hhaha . Tak boleh dudk diam dahh oii . Kepala sandaq dekat dinding , bergegaq kepala aku oii . Hhaha . Hanya tuhan ja tu perasaan masa tu . Tak macam selalu . haha . Kumpulan last depa panggil untuk terima saguhati , ada 3 kumpulan yg depa suruh amik hadiah kat dewan , JOHAN , NAIB JOHAN , KETIGA . Alhamdulillah kami dari kalangan tu . Tak sangkaaa sangat , Tahun lepas balik awai . Hhaha .

Waris2 pakat kata , ''HA  , NAK PI KL DAH PA KITA '' HAHA . Hat cikgu diam seribu bahasa. Awai tu dalam dewan , dengaq geng SP dok sembang kata kami no 2. Dalam hati '' HA , XPALA , ALHAMDULILLAH REZEKI '' . Masa turn kalam jamie nak amik hadiah tu , kami dok depan sekali , target tempat ketiga la . Tengok2 geng kuala kedah pi dulu . Depa kata depa no 3 . Ha, tak pa lha , no 2 kot . Standby dah nak masuk no 2 . Pengerusi majlis pulak dok main2 , bertambah la ketaq cikgu ni . Hahah . Lama jugak la nak umum .Pengerusi tu kata , ''SATU DARI UTARA , SATU DARI SELATAN '' . Kami selatan , Jerlun utara .

Pengerusi umum ''NAIB JOHAN UNTUK KALAM JAMAIE , KUMPULAN DARI UTARA ''.Tetiba pakat blur , cikgu , waris . boleh dok kata , ha , kita lha utara . Hhaha . Tengok dia umum Jerlun . ALLAH cikgu bersyukur sangat . Tak sangka boleh wakil Negeri Kedah untuk pi Kebangsaan . Diam terkelu lidah  . Nak qeyau semua ada. Lepas tu umum JOHAN , kami pi amik hadiah . Alhamdulillah syukur sangat2 . Memang tak duga langsung .


SEMENTARA TUNGGU GROUP LAIN BUAT PERSEMBAHAN 


PENYAMPAIAN HADIAH OLEH PENGARAH PASTI KEDAH


BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA WARIS YG SPORTING2 BELAKA


ALAM RIA PASTI MALAYSIA

Tarikh Alam Ria Kebangsaan 01/09/2018 . Seminggu selepas tu jugak . Kami  dari SG PETANI wakil 2 acara NASYID & KALAM JAMIE . Rezeki tahun ni . Kami bertolak dari kedah 30/8 khamis malam . 31/8 tu kami sampai sana pagi dalam pukul 8:00 pagi . Check in homestay 2 petang . So. kami jalan2 dulu . Kami pi ZOO NEGARA . Saja la kan bagi budak2 ni seronok . Letih oii pusing zoo . Hhaha . Dari pukul 10-1;00 . Hhaha . Kena pulak tajuk teks kami tentang haiwan . Ha, bagi depa mai tengok sendiri . Yang syoknya , sampai kat harimau . Depa cakap arab ''  النمر اه مدهش "          ( HARIMAU , OHH, MENAKUTKAN ) . Kebetulan ada orang arab kat situ , Teruja tengok depa cakap arab . Hhaha  ,   Kami keluar dalam pukul 12 sebab hujan . Ya lha bawak budak2 ni . Peseta 15 orang cikgu 5 orang . So, kami bahgi sorang cikgu 3 murid . Terkawal la sikit kan  ? Hehe .


GENG PASTI SG PETANI 






KONTINJEN PASTI KEDAH



NAK TENGOK PANDA , TAPI PANDA LENA . HAHA


Keluar awai tunggi geng2 ALP tak mai lagi , budak2 sampai lena la , Letihh oii. cikgu pun ngantok dah . Hahha . Pukul 1:20 kami naik bas nak balik homestay . Singgah makan apa dulu . Sampai homestay dekat pukul 4 petang juga la . Ya la, hari cuti umum , KL kot . Jem la , Smapai telena berapa kali xtau la . Petang tu latihan tepi tasik terpaksa cancel sebab cikgu + anak murid letih sangat dah . Heheh . Sampai HMSTAY tu rehat makan apa , lepas maghrib bgi budak2 tu lena dah . Penat cakap . Hhaha . Ha la , 15 orang nuh . Cikgu Kamaliah handle suruh tidoq . Cikgu lena pukul 3 pagi dah , bangun pukul 4:30 pagi. Mata tak boleh nak pejam . Bangun pagi mood tak okay . OPSS

Esok tu hari pertandingan. Dewan kami nak lawan tu jauh sikit dari dewan utama . Pagi tu kami di uji . Pakat sakit perut . Cikgu pun sama ,Pkat senak . Cikgu ni macam nak qeyau ja tau dak. Kesian tengok anak-anak. Ulang pi tandas teqa nak sampai turn . Macam nak tarik diri ja . Turn kami no 9 . Alhamdulillah nak smpai turn kami tu anak2 dah kuat sikit . Mau tak nya , 100 plus berapa botol dah , pampers berapa keping . Dengan cikgu tak cukup tidoq . Allah . Sedih sngat2x . Kenangan yang tak dapat dilupai . Dalam kegembiraan , Allah uji dengan sedikit ujian .


SEMUA MUKA TAK BERAPA CERIA 






BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA ALP PASTI MALAYSIA

Selesai semua , memang kali ni cikgu tak target . Dapat sampai ke peringkat ni pun cikgu dah bangga . Menang kalah belakang cerita . Anak2x dah buat yang terbaikkk . JUARA dihati cikgu . Alhamdulillah selesai semuanya . Insha Allah cikgu semangat untuk tahun depan . HAHA . Ada rezeki tahun depan kita buat yang terbaik . Cuba lagi .

Semua ini Cikgu abadikan dalam ingatan cikgu sebagai KENANGAN TERINDAH . Semoga anak2x cikgu tak lupa cikgu bila dah keluar nanti nah ?? . ( macam depa boleh baca. werkkk ) HHAHA. Disebalik semua ni , terselit sedikit memori indah yang tak dapat cikgu lupakan .
 *EH , RAHSIALAH* . Hhaha . Mana boleh bagitau .


OTW NAK BALIK .


TERIMA KASIH MGPNK & ALP PASTI KEDAH .


JIKA ADA SUMUR DI LADANG ,
BOLEH KITA MENUMPANG MANDI , 
JIKA ADA UMUR YANG PANJANG , 
INSHA ALLAH TAHUN DEPAN KITA JUMPA LAGI . 

LOT'S OF LOVE ~ CIKGU KAMALIAH & CIKGU AMIRAH

Monday 17 September 2018

KSG PASTI KEDAH 2017


Assalammualaikum.
Berhabuk dah blog ni . Setahun lebih dah tak update . Haha . Tak dan nak update . Cikgu busy lebih dri perdana menteri . Sedia2x busy . Sampai lupa dah kat blog ni . Hehe . Tahun ni pulak PRU14 . So, Cikgu busy berkempen ok ? ( Kenyit Mata ) . Banyak cerita ni , Nak cerita jugak dekat sini . Sebagai memori TERINDAH yang pernah dilalui dalam kehidupan seharian . Tumpang segar di ingatan . Nanti lupa boleh baca balik . Hehe


 Ni mula cerita dengan KSG PASTI KEDAH 2017 . Kem ni untuk guru pelatih yang selesai tamatkan kursus . Sapa yg tak pi tak boleh konvo . Naya oo . Hahah . Kami pi masa bula Disember tahun lepas 11/12-13/12. Selama 3H2M di BENDANG MAN , SIK . Sebelum pi tu tak boleh nak tidoq , orang cerita macam2 . Aktiviti lasak la , Berjalan malam la . Dah kita ni penakut . HAHAH . Maaf nak bagitau awai . Entry ni panjang skit . Hhaha


11/12/2017 ( ISNIN )
Okay awal2 pagi kami sampai . keluaq sebelum subuh nuh . Sebab sapa xsampai pukul 8:00 PAGI kena denda ( TEPUK DAHI )  Hahah . Dah smpai kami kena siap khemah apa . Hias apa yg patut . Kumpulan dah dibahagikan masa kursus terakhir sebelum kami mai kem ni . Lepas tu siap sedia dengan kawad kaki , Pertolongan Cemas . Petang tu Get Ready untuk KEMBARA MALAM !! . Hat ni paling mencabar . Petang tu lepas asar kami start jalan naik bukit apa . Naik punya naik . Tapi tertewas di tengah jalan . Hahah . Sesak nafas . Sedih Kot . Nak teruskan tapi depa tak bgi . Depa suruh naik keta dgn ustaz . Naik keta dgn ustaz , Ramai jugak yg tertewas . Hahah . Ingat Aliah sorang ja.


                                              PERTOLONGAN CEMAS PETANG TU 





NAIK BUKIT , REDAH SUNGAI . HAHA


Ustaz Ashraf & Ustaz Subki bawak kami pi tempat yg akan depa turun . So , kami awai pada org lain pa. Masa tu pun maghrib dah . Mna  pernah  dok dalam hutan malam2 ooii . Hhaha . Dok dalam rumah pun penakut *OPSS*. Kat situ kami kena masak untuk mkan malam . Diberi 3 batang mancis ja . Sapa hbis nasib badan lha . Habis selesai semua kami bertolak balik . Redah hutan tengah2 malam , Lampu suluh dok suluh jalan ja . Tak berani suluh merata . TERUK KAN ? . Hahah . . Redah sungai . TunggU lagi , dengan air laju . Lencun la nakkk . Dengan ada yg jatuh .

Next , ada tugasan untuk setiap kumpulan . Tunggu turn smpai kering la baju . Hahah . Sampai turn kmi , kami kena praktik tentang pertolongan cemas yg kami belajar . Usung kawan yg buat2 sakit . Fuhh . Selamat dia kecik .HAHA . Last sekali , Pukul 2 PAGI . Turn group kami , kena jalan one by one balik tapak perkhemahan . YA ALLAH . Ketaq lutuit weyhhh . nak qeyau semua ada . HAHA . Unit Amal plak dok mengusik .Dok buat cerita2 meqapu pa tau .  Aliah tutup telinga ja . Meluat aku . HAHA . Ustaz Subki tnya sapa yg takut angkat tngan . Geng Unit Amal semua tunjuk Aliah . Weyh Bertuah hampa . Aliah buat xtau ja .

Turn Aliah kena jalan , sampai sekerat jalan , boleh pusing tngok depa, jerit “ JALAN TERUS KA ? “ . Pakat gelakk . Isyhhh . Perjalann yg jauh rasa dekat ja . Laju kemain Aliah jalan . Haha . Tapi perasaan ja ada unit amal jaga sepanjang jlan . Sampai kena sergah “ WEYH , NAK PI MANA TU , LAJAK DAH “ .HAHA , terlepas simpang . Alhamdulillah selamat smpai hampir 2:30 PAGI .


12/12/2017 ( SELASA )
Tidoq pukul 3 , bngun pulak pukul 4 nak mandi , qiamullail apa . haha . Habis sarapan kami pi dekat Tasik Beris ada aktiviti kat sana . WATER CONFIDENT & KAYAK . Weyh , aku takut ayaq kot . Hahah . Masa water confident smpai depa tolak pi ketengah la sebab penakut . Hhaha . Orang lain smpai tengah dah. Yang Aliah dok kat tempat yg cetek lagi . Mendapat la . Lepas tu , dok dalam air tak mau keluaq pulak dah . Pakat dok gelak ja . Hhaha . Masa kayak , Weyh ketaq kot kena pi smpai tengah tasik . Dok pkiaq macam2 . Satgi jatuh macam mna . Hhaha . teruk kan ? Aliah fobia dengan air , gelap . Hhaha . Sapa yg naik kayak dengan Aliah nasib la , Sebab sekali ja Aliah pusing , tak mau dah . Hahah . Lepas settle mask tenghri , makan kat sana . Kami balik ke Bendang Man . 

kayak time . Hhaha . Tu orang yg dok rajin kacau org 

water confident 


tangkap gambar dulu kumpulan kami sebelum masuk dlm air. hehe




Balik rehat sat , petang tu Get Ready untuk masak cara hutan . Kena masak nasi , air teh , lauk semua dalam buluh . Selamat ada adik unit amal tu . Dia yg tlong bnyak . HAHA  . Padahal unit amal tak boleh tolong . Boleh bagitau cara ja .
Kami masak nasi thaif, singgang ikan , dengan telur boom . Nasi depa dok mai kacau kami , psiko la kononnya . Kata nasi mentah bagai . Org rasa elok ja . Hhaha . Telur salut dengan lumpur , Boh dalam api . Buat air teh pa . Nma air teh kami “TEH BULUH PERINDU “. Sebab tu Tuan Naza kata , Dia minum dok teringat KSG ja . PODAHHH . Hhaha .  . Hiasan apa semua , semua suruh aliah . Hhaha . Hat tu aku rajin . Hhaha . Alhamdulillah . berkat kerjasama ahli kumpulan , Pertolongan Mentor kami Kak Rasida Kami juara aktiviti tu . Syok tak kiqa sebab , pertandingan tu ja yg menang . Hat lain dak . Hehe .


ni hasilnya .KUMPULAN THAIF



Adik unit amal yg banyk bantu kami . 


Malam tu malam kesenian . Setiap kumpulan kena nyanyi lagu TEMA KSG . Tanpa minus one . pitching kelaut weyh . Selamat Kak Ida join skali kami . Hihihi . Setiap ahli kumpulan yg buat persembahan , ada ja lawk tersendiri . Seronok2 . Ya Aktiviti mmg padat . Tak dan nak rehat . Tapi Alhamdulillah . best sangat2x . Malam tu Tuan Naza nyanyi2,3 buah lagu . Rasa sayu ja nak habis kem . Malam terakhir . Sebelum ni dok hitung hari nak balik ja .


13/12/2017 ( RABU )
Bangun Qiamullail, Tazkirah subuh,  Sarapan dan macam biasa rutin harian kawad kaki . Ter Komando garang gila . Hehe . Pagi tu kami ada pertandingan gadjet . Reka bentuk dari buluh . Pi la cari buluh . Nak buat rak kasut . Tapi jadi lain . Hhaha . Pakat qengah gelak oii . Benda lain yg rancang , Jadi benda lain . Hhaha . Tak pa amik pengalaman . Hat mai usya kami buat apa semua gelak . BIAQ LAA . HAHA .






kenangan terakhir bersama PENGARAH PROGRAM

Alhamdulillah selesai . Kalau nak cerita detail jenuhh . Ni pun berjela dah . Hahha . Selesai majlis pagi tu , majlis penutup , penyampaian sijil & cenderahati . Lepas tu bergambaq . Hat ni wajib . Masa salam wida’ tu . HMM . Dengaq lagu perpisahan , Tunggu lagi . Air mata berderai kot . Ya la kenangan selama 3H2M yang SANGAT bermakna . Rindu sangat2 . Macam nak tmbah lagi seminggu . Hahah * SEMBANG KEMAIH * . Ukhwah yg terjalin , Kenangan yang tercipta . TERIMA KASIH pada semua yang terlibat . Semua ni untuk menguji ketahan FIZIKAL , MENTAL , ROHANI cikgu-cikgu PASTI . 


Sat tak habis lagi , OTW balik , Kami geng Sungai Petani mai 2 biji keta . Singgah mkan , Macam org tak makan seminggu nuh . HAHA . Dah la pakat hapak dah . Baju tu pakai sepanjang 3 hari . Hhaha . Saja tak mau cita awai2 . Hhaha . Balik tu smpai rumah maghrib dah . Lepas maghrib aktiviti Qada tidoq . HAHAH .


                 . KSG 2017 DALAM MEMORI INDAH KAMI SEMUA .



Sunday 16 July 2017

Bajet Kahwin

Assalammualaikum
 Selamat Petang 😘. Okay , Harini Saja je Aliah Nak share Tentang Wedding Haritu. Total Semua Alhamdulillah dalam 8K ja.

Jap Nak Try List. Bukan Apa, Sekarang ni ramai yang risau bila nak kenduri tu , Barang Mahal , Kos Tinggi. Memang betul. Kita kena pandai la baket. Jangan membazir. Aliah ambil keputusan untuk Buat sendiri je semua. 😇😇. Puas hati pun puas. Lagipun Adik Beradik, Mak2 Menakan, Tok2 Menakan . Semua kreatif2 Belaka. Pakat2 tolong sorang sedikit. Thank you every one 😉

Alhamdulillah. Terima Kasih Jugak kepada Saudara Mara Yang Sudi Taja Wedding Aliah. Pertolongan.dari Allah 😍

  🍀 SPONSOR 🍀

✅ Khemah 5 biji
✅ Apam Balik
✅ Meja ,Kerusi
✅ Bunga Telur
✅ Rojak
✅ DJ

                        #3PasangBaju

 🍀 Pakaian ( Rm 474 )
✅ Baju 3 Pasang ( Akad, Kenduri & Bertandang ... Tapi upah ja . Kain Husband yang beli ) 
✅ Tudung 3 Helai ( Beli kain & Buat Sendiri ) 
✅ Veil 3 Helai ( Beli Kain & Buat Sendiri ) 
✅ Kasut ( Beli tapi xpakai pun 🤣) 
✅ Handsock 3 Pasang
✅ Makeup ( Akad & Bertandang ... Majlis rumah Aliah disponser )



#JustTempatBergambarSebabTakMauPelaminBagai

🍀 Pelamin ( RM 15 ) 

✅ Kain Jersey 3 Meter
✅ Kain BackGround
✅ Dokoh 
✅ Bantal ( Aliah Buat sendiri dengan benda yang sedia ada ) 😉



#SiapBilikSampaiPukul2Pagi. Haha


🍀 Bilik ( RM 218 ) 

✅ Almari
✅ Kain Biru + Pink 
✅ Cadar ( Mak beli lama dah)





🍀 Hantaran ( RM 290 ) 

✅ Belt & Wallet
✅ Sejadah
✅ Tuala 
✅ Kek
✅ T- Shirt 
✅ Kain Pelekat

( Manisan Semua orang bagi )




🍀 Kad Kahwin ( Rm 220 )
✅ Kad kahwin ( 800 Pcs)
✅ Sampul 
✅ TQ Tag (1000 Pcs)



🍀 Baju Family ( RM 445)

Aliah beli untuk Mak , Abah , Adik2x & Tok 😊


🍀 DoorGift ( Rm 2,246)

✅ Kurma 3 Kotak ( 10 KG x 3 )
✅ Kismis 4 Kotak ( 5 KG x 4)
✅ WS HandiCraft ( Brg2x Lain)
✅ Coklat
✅ Air Mineral


🍀 Meja Makan Pengantin ( Rm15 )

✅ Kain Jersey


🍀 Tambahan ( RM 250)

✅ Khemah 2 biji
✅ HomeStay

Okayy.. So Total 

Hantaran.     RM 8500 
-   Duit Keluar   RM 4180
------------------------------------------
    Baki.              RM 4320
------------------------------------------

Duit Baki RM 3000 
Aliah bagi dekat Abah Untuk Kenduri

Yang Selebihnya Aliah Simpan untuk Aliah 😊


Alhamdulillah. Tu La SerbA Sedikit Yang Aliah Boleh Kongsi =) 

Wednesday 29 March 2017

BERMULA KEHIDUPAN YANG BARU

Assalammualaikum .

 Setelah sekian lamanya . Hehe . Ni pun ada orang PM suruh teruskan cerita "PERCINTAAN " aliah sebelum ni . haha . orangnya ialah..... jeng3x.................♛......... CT AMINAH . hehe . Opss . Sori TERmention kat sini . haha . WERKK . Nak baca x ? kalau xnak baca , Aliah malas nak update . hehe . EH2 X . Ada orang kata nak . Ok . THANK YOU sebab sudi baca cerita Aliah yang xberapa menarik ni . 


Tanggal 10/03/2017 JAM 2.30 PETANG , Aliah telah SAH menjadi ISTERI kepada seorang jejaka melayu terakhirrr . Hhehe . iaitu MUHAMMAD ASHRAF BIN SUHIMI .Kami berkawan di WECHAT & AKHIRNYA menjalin ikatan yang SAH . * ALHAMDULILLAH * . Atas restu MAK & ABAH , Tak lupa juga kepada MAMA & ABAH . Kami diijab kabulkan selepas setahun perkenalan .Ramai yang Whatsapp tanya perasaan Aliah masa tu. Hahaha . Sejujurnya , Malam sebelum akad nikah , pagi tu , Aliah tak rasa gemuruh ka apa . TAPIIII !! . Jejak ja kaki kat masjid . FUHH ! ketaq . nak jalan masuk masjid pun tak boleh . Haha . Malam tu action , " Aku tak rasa ketaq pun " . Amek hang . Hahah 



Selesai Semua tuu , Buat apa yang patut , Balik rumah , Batal Air Sembahyang kat rumah . * HAT NI LAGI KETAQ * . Haha . Kat tengah2 ruang tamu pulak tu , Jadi tumpuan . Teqa nak sarung cincin , dia elak sana , elak sini . HAHAH . 





#BajetSteadySebelumAkadNikah

#AicehAuuuchhhh

Hahaha . Tak boleh banyak2 . Sikit2x cukupp . * Werkk * 


Okay selesai sudah Bab Akad Nikah . *Sebenarnya tak mau cita panjang2. satgi orang jemu . betul x ? Hihi 


Tarikh 19/03/2017 Hari Ahad kenduri rumah Aliah ... Depa kata orang ramai sangat . Ntah , tak perasan , sebab awai2 tu tak keluar . HIHI . Maaf kepada yang tak sempat jumpaaa . Alhamdulillah berjalan dengan lancar . Bertungkus lumus , Seminggu sebelum kenduri , sampai malam kenduri ada yang tak tidur . haha . Dasyat . Aliah awai lagi berlayar . Hahaha . Buat keja , pakat teguq , " PENGANTIN TAK BUAT KERJA CHEQ " . haha . lagi seronokk . Ada ja yang jeles * Kenyit mata * 





Alhamdulillah.  Berakhirlah sudah majlis perkahwinan KAMALIAH & ASHRAF. Terima kasih yang tak terhingga kepada keluarga, jiran2 yg banyak menolong untuk menjayakan majlis ini 

Especially keluarga yg banyak membantuu, sebelum majlis sehingga selesai majlis. Pakat2 basuh periuk belanga .  Siapkan apa yg patut , Sampai ada yang xtidor malam kenduri tu . Jasamu sentiasa dalam ingatan. 
Buat sahabat2 handal , jiran2 , ahli keluarga , Terima kasih sudi hadir serta memeriahkan lagi majlis saya .

And The Best Memory , Photoshot dalam hujan . Ala2 Bollywood konon. Haha. Balik rumah pakat sakit kepala.

THANK YOU VERY MUCH 
LOT'S OF LOVE   


#SehariSebelumKenduri
#SepupuSepapat

Kami boria awaii . Orang hari kenduri boria , kami petang tu boria dah . Hihi . Ok, ni gambar sekitar Majlis . 


#WithPengarangJantungHati



#SahabatMMKMYangSudiHadir



#SepupuFamilyBelahAbah


#SahabatKhorySteamboat


#MyHappyFamily


#MakMenakanVSSepupu


#MyBeautifulBridesMaid


#MakLang&KakLang


#PayahNakBergambarDenganTok&TokWan


#KakFarah&Salman

P/S : Maaf . gambar ni ja yang ada . Hehe . Yang lain ada kat Photographer AKA Adik Ipar . 

Ni pulak Kenduri Rumah Suami 


#Acah2xSweet


#MakAbah


#MyBigFamilyBelahMak


#BiruPink

#SelfieSatu 
#TudungJadiHelokk


#AdikAdik


#DepaAwai . HAHAHA


#DewanIslah

Hahaha . Walaupun gambar tak banyak , Tapi Alhamdulillah gambar keseluruhan family ada . Walaupun ada jugak yang tak dak . Alhamdulillah selesai kedua-dua belah pihak .  Kali ni photoshot menjadi . Haha . tak hujan . 

PERMINTAAN DARI KAK FARAH : 
 Tolong tukar nama kepada cik puan pink :-P

HAHA . Opss . Lupa Cik Puan dah . haha . Nak tukar Kena edit banyak benda . Nanti kakaak tukar yer ? Hahaha 


❤ Terima Kasih Banyak kepada : ❤
#SEMUASEDARAMARA
#SAHABATHANDAL
#JIRANJIRAN
#KEPADASEMUAYANGTERLIBAT

PHOTOGRAPHER : MUHAMMAD AKMAL AIMAN (FB)ツ 
MUA : NURUL SYAHIRAH YUSOFF (FB) 




💕